Polisi Pemulangan

  • Sila ambil perhatian, item CLEARANCE SALE / YEAR END SALE / APA-APA SALE tidak dibenarkan untuk meminta pulangan wang (REFUND), dikembalikan (RETURN) dan tidak dibenarkan melakukan penukaran serta tiada free gift.
  • Untuk semua pengembalian item (JIKA ADA MAJOR DEFECT/SALAH ITEM) sila e-mel atau whatsapp details nombor order anda di:

EMEL : customerservicesaara@gmail.com ATAU

WHATSAPP : 0186630089 ATAU 0182112400

**Jika anda mebuat pembelian dengan SELLER/DS kami, sila berurusan dengan mereka untuk sebarang pemulangan item.

  • Anda hanya boleh melakukan pertukaran dalam masa 7 hari setelah menerima pesanan anda.
  • Anda perlu sertakan dalam e-mel atau Whatapp, nombor pesanan asal & item yang anda ingin minta untuk dikembalikan / ditukar.
  • Setelah pengembalian / pertukaran anda diluluskan, anda akan menerima arahan mengenai cara pengembalian dan pertukaran melalui e-mel atau Whatsapp.
  • Urusan pengembalian/pertukaran/pemulangan wang akan mengambil masa 7 hari bekerja.
  • Kami komited demi untuk kepuasan pelanggan. Sila pilih dengan teliti saizanda seperti yang tertera pada carta saiz telah diberikan. Ukur dengan teliti. Jika tidak pasti, lihat CARA UKUR DI SINI.
  • Kebiasaannya, kami tidak akan memberikan pengembalian wang jika anda berubah fikiran atau membuat keputusan yang salah tetapi jika didapati ukuran baju memang tidak menepati carta, anda boleh sertakan bukti bergambar di dalam whatssap atau e-mel seperti yang dinyatakan di atas.
  • Pelanggan yang memilih saiz yang salah (tidak meminta bantuan semasa membuat pemilihan saiz) adalah atas TANGGUNGJAWAB SENDIRI. Sebaiknya anda mendapatkan khidmat nasihat daripada SELLER/DS kami sebelum membuat sebarang pembelian. Sebarang pertukaran akibat tidak memilih saiz yang betul adalah TIDAK DIBERNARKAN.
  • Tiada pertukaran atau pembayaran balik barang jualan melainkan produk yang diterima rosak (MAJOR DEFECT) seperti koyak ditengah, kesan terbakar, kedudukan tangan di kiri dan kanan terbalik dll. Jika sedikit defect seperti benang tertetas di jahitan tepi, butang tercabut, dan lain-lain MINOR DEFECT adalah TIDAK DIBENARKAN sama sekali untuk membuat sebarang pertukaran.
  • Item yang dipulangkan hendaklah belum dicuci, tidak dipakai, masih dalam keadaan asal (dalam plastik) dan tiada bau perfume. Ia boleh dikembalikan sehingga 7 hari setelah anda menerima barang anda.

    KETERSEDIAAN PRODUK

  • Kami komited untuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik buat pelanggan dan produk yang berkualiti.
  • Kami berusaha untuk memastikan bahawa semua produk yang disenaraikan di laman web kami kini dalam stok dan harga adalah benar dan betul.
  • Tempoh item pre-order adalah ANGGARAN dalam 7 hingga 10 hari bekerja (Anggaran sahaja dan bergantung kepada kurier).
  • Jangka masa penghantaran adalah bergantung kepada syarikat kurier. Jangka masa penghantaran antarabangsa pula berbeza untuk setiap Negara. Ianya DILUAR BIDANG KUASA KAMI.
  • Selepas penghantaran dibuat oleh pihak SAARA, pelanggan perlu menjejak sendiri parcel menggunakan TRACKING NUMBER yang diberi dalam E-MEL ATAU SMS seperti tertera di bawah.

  • Jika item/parcel anda lambat sampai, semuanya bergantung kepada syarikat kurier. Anda boleh berhubung terus kepada syarikat kurier tersebut. Tiada REFUND akan diberikan jika item/parcel tersebut lambat sampai.
  • Sekiranya item yang dipesan tidak tersedia atau kami tidak dapat memenuhi pesanan anda, kami akan memberitahu anda dalam masa 3-5 hari bekerja (bergantung pada beberapa prosedur) untuk mengatur item alternatif yang boleh dipersetujui iaitu anda boleh order semula dengan menukar design lain atau bayaran balik (refund) sepenuhnya (KECUALI ITEM SALE).
  • Design-design daripada SAARA adalah LIMITED. Jika stok habis, pihak HQ tidak akan restok kecuali atas permintaan ramai dan untuk memberi laluan design baru. Untuk setiap design, stok sangat-sangat limited. First come first serve. Pihak kami meminta maaf jika anda order dan pay tetapi stok tiba-tiba habis. Baju yang di sale memang TIADA REFUND dan anda akan diminta untuk tukar kepada design lain oleh pihak kami (SELLER/DS/ADMIN).  Sebarang aduan tidak akan dilayan.